Panggilan Kepada Para Sahabat Yang Mencari Saham Akhirat yang Berjiwa Mulia.
Masjid Ar-Rahman BSI terletak di kawasan Taman Sri Indah Fasa 5, yang berada lebih kurang 35 kilometer dari pekan Tawau.
Kawasan ini terdiri daripada 200 buah rumah, yang mana kesemuanya dihuni oleh keluarga Muslim. Penduduk di sini amat memerlukan sebuah masjid untuk kemudahan mereka menunaikan solat berjemaah dan menjalankan aktiviti keagamaan.
Oleh itu, adalah amat penting untuk membina Masjid Ar-Rahman BSI bagi menyokong perkembangan syiar Islam di kawasan ini dan memberi ruang kepada umat Islam untuk terus menuntut ilmu agama.
Ilustrasi Masjid Apabila Siap
Masjid ini akan menjadi satu lagi pusat untuk berdakwah ajaran Islam kepada penduduk Sabah khususnya sekitar Tawau.
Malah kedudukan masjid yang berada di kawasan perumahan yang menjadikanya pusat beribadah di kawasan ini
Alhamdulillah kita telah memudahkan urusan saudara Islam di sana dengan menyumbang.
Masjid Arrahman akan menjadi salah satu lagi medan dan pusat untuk semua umat islam beribadah
Usaha membina sebuah Masjid Ar rahman dijalankan bagi membantu dan memudahkan urusan umat islam untuk beribadah dengan khusyuk dan lebih selesa lagi.
Alhamdulillah Kami sangat bersyukur dengan adanya support yang ditunjukkan oleh sahabat sahabat muslim dalam menjayakan pembinaan masjid Ar Rahman ini.Kami memerlukan dana sebanyak RM 450,000 lagi
Pembinaan Masjid Ar-Rahman, perlukan dana RM450,000 lagi untuk siap sepenuhnya dan digunakan orang ramai di situ.
Pasti saudara kita ini akan gembira, dan banyak aktiviti memantapkan pegangan agama Islam dapat diteruskan. Kita juga tahu, sekarang dunia sudah menghampiri akhir zaman.
Berbuat baiklah kita, bersedekah untuk rumah-rumah ALLAH. Insha-ALLAH kita terselamat dunia dan akhirat.
Untuk makluman pembinaan Masjid Ar- Rahman ini adalah untuk memulakan proses pembinaan masjid untuk membina masjid yang utuh dikarenakan tempat yang digunakan sekarang hanyalah rumah taman yang disewakan dan dijadikan tempat beribadah ataupun surau.
Masjid Ar-Rahman memerlukan RM450,000 lagi untuk melengkapkan fasiliti yang akan memberi keselesaan orang ramai beribadah serta melakukan aktiviti dakwah.